OANDA:USDCAD   ดอลลาร์สหรัฐ / ดอลลาร์แคนาดา
Trend semasa

Semalam USD mengukuh berbanding CAD disebabkan keluaran data KDNK AS yang kukuh yang melebihi jangkaan pelabur dan meningkat daripada 2.5% kepada 2.9%. Lawatan ketua Korea Utara Kim Jong-un ke China juga menyokong mata wang Amerika Syarikat. Para pakar menganggapnya sebagai niat DPRK untuk memulakan dialog dengan masyarakat dunia dan dengan Amerika Syarikat melalui Beijing khususnya. Rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China terus berlanjutan. Pentadbiran Trump kini mengkaji kemungkinan untuk menyekat pelaburan China dalam perusahaan dan teknologi, sensitif terhadap keselamatan negara. Akibatnya penurunan pasaran saham AS memperlahan yang mana selepas kejatuhan pesat pada hari Selasa, mempengaruhi dolar secara positif.

CAD berada di bawah tekanan tambahan penurunan harga minyak dan beberapa perselisihan Kanada dan Amerika Syarikat yang berkaitan dengan NAFTA. Pasaran sedang menunggu keluaran KDNK Kanada pada 14:30 (GMT+2), kemungkinan pertumbuhan indeks menghalang pertumbuhan pasangan selanjutnya.

Sokongan dan rintangan

Pada carta 4 jam instrumen ini didagangkan di sempadan atas dan garis tengah Bollinger Bands, julat harga meluas yang mencerminkan kemungkinan perkembangan pergerakan menaik. Histogram MACD adalah sekitar garis sifar, jumlahnya adalah minimum dan garisan isyarat diarahkan ke atas.

Tahap rintangan: 1.2930, 1.2950, ​​1.3000, 1.3050, 1.3070, 1.3100, 1.3130.

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2880, 1.2860, 1.2820, 1.2785.

Tip dagangan

Posisi beli boleh dibuka pada tahap semasa dengan sasaran pada 1.3000 dan henti rugi 1.2880. Tempoh pelaksanaan: 1-3 hari.

Posisi jual boleh dibuka pada tahap 1.2860 dengan sasaran pada 1.2800 dan henti rugi 1.2915. Tempoh pelaksanaan: 3-5 hari.

US Dollar vs Canadian

Beli Jual Spread
1.29091 1.29063 28

Senario

Tempoh Masa Julat Harian
Cadangan BUY
Mata Kemasukkan 1.2911
Take Profit 1.3000
Stop Loss 1.2880
Tahap sokongan 1.2785, 1.2820, 1.2860, 1.2880, 1.2900, 1.2930, 1.2950, 1.3000, 1.3050, 1.3070, 1.3100, 1.3130

Senario alternatif

Cadangan SELL STOP
Mata Kemasukkan 1.2860
Take Profit 1.2800
Stop Loss 1.2915
Tahap sokongan 1.2785, 1.2820, 1.2860, 1.2880, 1.2900, 1.2930, 1.2950, 1.3000, 1.3050, 1.3070, 1.3100, 1.3130

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ

ข้อมูลและบทความไม่ได้มีวัตถุประสงค์เพื่อก่อให้เกิดกิจกรรมทางการเงิน, การลงทุน, การซื้อขาย, ข้อเสนอแนะ หรือคำแนะนำประเภทอื่น ๆ ที่ให้หรือรับรองโดย TradingView อ่านเพิ่มเติมที่ เงื่อนไขการใช้บริการ