Idea analisis: ~Teknikal~ - UCREST dilihat membentuk symmetrical triangle dengan menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya. - Terkini, UCREST dilihat sedang mencuba untuk rebound di atas MA 50. Ini dibuktikan oleh 2 signal: 1) Candlestick berbentuk morning star. 2) Stochastic RSI hampir cross up di paras oversold. - Berkemungkinan harga akan rebound setelah stochastic RSI melakukan cross up. - Walaubagaimanapun, volume masih tidak signifikan untuk mengatakan harga akan rebound. - Jika UCREST mampu rebound dan BDTL atau breakout symmetrical triangle, harga mampu menuju ke paras harga RM 0.665.
~Fundamental~ - Dalam 10 quarters terkini, UCREST dilihat tidak membuat keuntungan secara konsisten. Walaubagaimanapun, keuntungan UCREST adalah meningkat YoY sebanyak 42.49%. - iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings-'. Jadi, anda tidak disarankan membeli saham ini jika belum mahir cutloss. - Perolehan UCREST yang terkini agak tinggi. Ini menjadikan perolehan UCREST QoQ dan YoY meningkat masing² sebanyak 555.96% dan 44.25%. Walaubagaimanapun, secara overall, peningkatan perolehan UCREST adalah tidak konsisten.
Nota kaki: * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line). * Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇 * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.