Analisa 17 jun 20 Saham mengalami kejatuhan harga sejak kenaikan yang kuat pada 1 jun 20. Pada 15 jun 20, kejatuhan harga yang banyak tidak disokong oleh volume yang banyak. Ini menunjukkan supply/sellers sudah berkurangan. Pada 16 jun, kenaikan harga tidak banyak walaupun volume menunjukkan kenaikkan yang banyak. Ini menunjukkan masih ada tekanan jualan disamping belian menyebabkan harga tidak dapat melonjak tinggi. pada akhir 17 jun, harga turun sedikit dan sekata dengan volume yang sedikit. Tiada rushing untuk jualan berikutan kejatuhan harga. Tekanan jualan makin berkurangan. Kemungkinan harga akan cuba naik selepas ni. Aras sokongan ialah sekitar 1.10