msaleho

AWANTEC menarik untuk diperhatikan

MYX:AWANTEC   AWANBIRU TECHNOLOGY BERHAD
1. AWANTEC (sebelum ini dikenali PRESBHD) terlibat dalam sektor TEKNOLOGI.

2. Kaunter ini telah mencapai harga 1.00 sebelum berakhir tahun 2020. Namun telah menjunam sehingga 0.610 (Jumaat lepas) dan ditutup pada 0.650 iaitu di bawah EMA50 (garisan hijau). Jika diletak Bolingger Band (BB), harga juga telah bocor support pada middle BB.

3. Namun hari ini kaunter ini telah membentuk TWEEZER BOTTOM chart pattern di mana tanda BULLISH reversal daripada downtrend. harga juga telah berada di atas EMA50.

4. Momentum juga dilihat mula kembali dalam kaunter ini dan minat pembelian sudah kembali menerusi indikator dalam carta.

5. Aras RESISTANCE terdekat adalah pada 0.745 dan 0.840 (half candle). Cuma dalam TF 30 minit, dilihat MOMENTUM telah maksima dan berada dalam keadaan OVERBOUGHT. Boleh sediakan SNR mengikut trading plan masing-masing.

Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.

Terima kasih
คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ

ข้อมูลและบทความไม่ได้มีวัตถุประสงค์เพื่อก่อให้เกิดกิจกรรมทางการเงิน, การลงทุน, การซื้อขาย, ข้อเสนอแนะ หรือคำแนะนำประเภทอื่น ๆ ที่ให้หรือรับรองโดย TradingView อ่านเพิ่มเติมที่ เงื่อนไขการใช้บริการ