DATAPRP: Pembelian berisiko rendah

1) Seperti tajuk yang diberi, pendapat saya kaunter ini berisiko rendah kerana harga telah mengalami penurunan. Jika dilihat pada idea terbitan saya yang lepas, kaunter ini saya pernah cadangkan ketika harga telah tinggi.
2) Salah satu sebabnya kerana kemasukan volume pembelian yang significant pada 14 Mac yang lepas disertai dengan kenaikan harga yang tinggi.
3) Dilihat pada sudut teknikal, kaunter ini telah bersilang indikator Stoch RSI pada hari ini pada paras 20, menandakan perubahan momentum pembelian yang bertambah.
4) Indikator MACD juga berada diatas 0, tetapi garisan MACD dan signalnya masih belum bersilang. Dilihat pada pergerakan garisannya semestinya tidak lama lagi bakal bersilang.
5) MA50 dan MA20 juga berada pada titik persilangan pada hari ini, jika candle ditutup tinggi, pasti akan ada kenaikan besar-besaran pada kemudian hari untuk kaunter ini.
6) Harga mencipta base baru pada 0.215 dan 0.220 selama 6 hari sejak 22 MAc lepas.
7) Bagi saya kaunter ini menarik dan berisiko rendah, dan akan lebih cantik jika melepasi dan tutup diatas 0.225.
Technical Indicatorsmac19Trend Analysis

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ