Harga saham Yinson Holdings Bhd dilihat masih berlegar diantara kawasan sokongan dan garisan rintangan menurun setelah memeterai kemudahan pinjaman bersindiket USD720 juta (RM3.33bn) bagi projek FPSO Maria Quitéria, yang sedang dibina untuk beroperasi untuk Petrobras di perairan luar pesisir Brazil.
Pinjaman rekursa terhad selama enam tahun akan digunakan untuk menyokong pembinaan berterusan FPSO Maria Quitéria , sebuah projek yang diberikan kepada Yinson oleh Petrobras pada November 2021 dan dikukuhkan pada Februari 2022 .
Yinson Holdings Bhd dilihat bakal menguji semula di kawasan sokongan, dan perlu melepasi garisan rintangan menurun untuk meneruskan kenaikan
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.