Sektor: - Trading & Services, Power Utilities, IT Solutions/ IT Product, M&E, Telco, Green Tech, 5G, Telecommunications & Media, Telecommunications Service Providers.
Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, OCK dilihat konsisten membuat keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan OCK QoQ dan YoY adalah menurun masing² sebanyak -15.5% dan -8.67%. Hasil (revenue) OCK juga menurun YoY sebanyak -0.13% tetapi meningkat QoQ sebanyak 12.44%. - Dari sudut Teknikal, OCK telah berjaya breakout dengan memecahkan resistance RM 0.470. - Kemudian OCK membentuk descending triangle dengan menjadikan RBS dan Fibo 0.382 sebagai support. - Jika mengikut teori descending triangle, harga kebiasaanya akan breakdown iaitu memecahkan support dan meneruskan penurunan tetapi berlaku sebaliknya pada OCK. - OCK berjaya rebound di atas tiga garisan: 1) Fibo 0.382. 2) RBS. 3) Trend line. - Rebound yang berlaku di atas fibo 0.382 memberi signal bahawa kekuatan uptrend OCK adalah lemah (weak). - Selepas rebound, OCK BDTL dengan volume signifikan iaitu 3 kali ganda daripada volume sebelumnya. MACD juga membuat golden cross menunjukkan signal buy.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan. * Golden cross = 'Line MACD' (rujuk garisan berwarna biru) cross up 'line signal' (rujuk garisan berwarna merah) di atas paras 0. * Untuk maklumat tambahan mengenai descending triangle dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.