MTOUCHE (s) Mana nak pergi?

MTOUCHE berada dlm kedudukan major downtrend jika diperhatikan dlm carta bulanan, namun ada peluang untuk mencari potensi semasa lantunan teknikal. Jika diperhatikan pada carta harian, MTOUCHe telah membuat corak gerakan harga yg hampir serupa sebanyak dua kali dgn corak kedua melakukan gerakan yg lebih panjang berbanding corak yg pertama. Sekarang MTOUCHE sekali lg membuat lonjakan dan jarum panjang dan ini memberi gambaran ia akan melakukan corak yg ke 3, jika terjadi corak ke 3 kita akan menjangkakan gerakan harga akan lebih panjang berbanding corak pertama dan kedua sebelum ini. Terdapat rintangan yg sgt kuat sehingga ke paras 0.645 di mana jika berjaya ditutup di atas paras ini dengan volum yg ketara, arah jangkaan gferakan harga adalah menaik dan tidak terjadi corak ketiga. Sama2 perhatikan mana dia nak pergi

Perlu di ingatkan bahawa fundamental kaunter ini juga 'koyak'. Syarikat terlibat dlm sektor technology dengan float share yg sgt tinggi dengan jumlah share yg sedang2 bermakna harga adalah sgt sensitif pada sebarang perubahan sentimen dan iklim ekonomi negara/dunia.
Fundamental AnalysisTechnical IndicatorsTrend Analysis

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ