Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, MCLEAN dilihat sebelum ini banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Keuntungan MCLEAN dilihat baru mula menaik bermula Q3 2020 menjadikan keuntungan MCLEAN meningkat YoY sebanyak 200.41%. Walaubagaimanapun, hasil (revenue) MCLEAN pula menurun QoQ dan YoY masing² sebanyak -3.41% dan -4.18%. - Dari sudut Teknikal, MCLEAN masih berada di atas MA 50 menandakan bahawa MCLEAN masih uptrend untuk midterm. - Ketika harga baru mula menaik, muncul signal 'strong bearish divergence' daripada stochastic RSI mendorong harga MCLEAN untuk jatuh. - MCLEAN membuat pullback setelah itu sebelum rebound di atas MA 50. - Kemudian, MCLEAN meneruskan kenaikan dan bermain² di garisan MA 50 dalam keadaan sideways. - Terkini, harga mula rebound di atas MA 50 sekali lagi dengan garisan commodity channel index (cci) melebihi 200 menandakan MCLEAN telah breakout classical resistance yang terbaru pada RM 0.545. - Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi resistance yang perlu dilepasi oleh MCLEAN iaitu RM 0.715. - Jika MCLEAN mampu bertahan di atas RM 0.715, harga berpotensi menuju ke RM 0.715. - Jika harga tidak mampu bertahan di atas RM 0.535, support seterusnya adalah garisan MA 50 dan RM 0.435.
Nota kaki: * Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos. * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun. * Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'. * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.