Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, MATANG dilihat membuat keuntungan secara konsisten. Hasil (revenue) pula dilihat uptrend sejak Nov 2019. Kenaikan hasil (revenue) QoQ adalah 45.18% manakala YoY pula 24.44%. Keuntungan juga meningkat QoQ sebanyak 185.33% dan YoY sebanyak 157.98%. - Dari sudut Teknikal, MATANG telah melakukan kenaikan 2 hari berturut² dengan volume yang sangat signifikan. - Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan bahawa operator atau jerung mula menaikkan harga. - Jika harga mula melakukan penurunan, perhatikan dan pastikan harga tidak ditutup di bawah fibo 0.382 iaitu pada RM 0.105. - Jika harga naik lagi, boleh alihkan fibo 1 ke atas harga 'high' yang baru. (Saya akan buat part 2 jika harga naik lagi).
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YoY = Year over Year.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.