Sektor/Bidang perniagaan: - Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- Sebagai rujukan carta harian kaunter HLT , HLT dalam cubaan untuk memasuki semula kawasan di atas garisan menaik. - Volume belian mulai masuk namun masih kurang untuk mewujudkan momentum yang kuat. - Stoch dan RSI mula mendongak ke atas. Salah satu tanda yang positif. - Paras harga HLT betul-betul berada di garisan uptrend. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume .
Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat HLT merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan. - Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.
- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan HLT mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 12.14 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 6.1 juta.
- EPS semasa syarikat iaitu 3.60 membuktikan stok HLT adalah stok undervalue.