GUH HOLDINGS BHD
การศึกษา

#GUH Analisis Kitaran Fasa Pasaran vs Gelombang Elliot

Pemetaan Kitaran Fasa Pasaran Teori DOW Vs Gelombang Elliot


Analisis Kitaran Fasa Teori DOW

1. Fasa Pengumpulan (Accumulation Phase) Tempoh Masa kekerapan : 2 Tahun hingga 3
Tahun
.

Kekerapan Corak Paten :
  • Corak Berganda Bawah (Doube Bottom),
  • Corak Tiga Berganda Bawah (Triple Bottom),
  • Corak Kepala & Bahu terbalik (Head & Shoulder inverse)
  • Corak Cawan & pemegang (Cup & Handle).
  • Corak Pembulatan Bawah (Rounding Bottom)


2. Fasa Menaik (Mark Up Phase) - Tempoh Masa Kekerapan adalah : 2 Tahun hingga 4 Tahun'
(akan tetapi bergantung pada Kadar Volum pembelian semasa Pergerakan menaik tren dan
juga akan terdapat Fasa Hentian Pengumpulan semula (Re Accumulation Phase) ianya akan
mengambil tempoh 1 tahun atau 1 tahun setengah.

Kekerapan Corak Paten :

  • Corak Panji (Pennant),
  • Corak Baji Menaik (Rising Wedge),
  • Corak Segi Tiga (Triangle),
  • Corak Bendera (Flag)
  • Corak Cawan & pemegang (Cup & Handle).


3. Fasa Pengagihan (Distribution Phase) - Tempoh masa Kekerapan : 1 Tahun hingga 2 Tahun .

Kekerapan Corak Paten :

  • Corak Berganda Atas (Doube Top ),
  • Corak Tiga Berganda Atas (Triple Top),
  • Corak Kepala & Bahu ( Head & Shoulder)
  • Corak Cawan & pemegang terbalik ( Cup & Handle inverse).


4. Fasa Menurun (Mark Down Phase) - Tempoh Masa Kekerapan adalah : 5 Tahun hingga 6 Tahun'
(akan tetapi bergantung pada Kadar Volum penjualan semasa Pergerakan menurun tren dan
juga akan terdapat Fasa Hentian Pengagihan semula (Re Distribution Phase) ianya akan
mengambil tempoh 1 tahun atau 1 tahun setengah.

Kekerapan Corak Paten :

  • Corak Panji (Pennant),
  • Corak Baji Menurun (Falling Wedge),
  • Corak Segi Tiga (Triangle),
  • Corak Bendera (Flag)
  • Corak Cawan & pemegang terbalik (Cup & Handle inverse).



Analisa Penggunaan Tempoh Masa (Time Frame)

*Bagi tujuan penganalisa Carta sesuatu aset perlu dengan menggunakan Tempoh masa (Time Frame) dari Tempoh masa tinggi (High Time Frame) ke Tempoh masa rendah (Lower Time Frame) iaitu mengikut urutan : -

Tempoh Masa Tinggi (High Time Frame)
Bulanan (Monthly) , Mingguan (Weekly), Harian (Daily)

Tempoh Masa Rendah (Lower Time Frame)
4 Jam (4 Hour) , 1 Jam (1 Hour) , 30 minit (30 Minute), 15 minit (15 Minute) 5 Minit (5 Minute)

*Tujuan penggunaan Tempoh masa (Time Frame) dari Tempoh masa tinggi (High Time Frame) ke Tempoh masa rendah (Lower Time Frame) adalah untuk mengenal pasti :-
  • Sejarah pergerakan Tahap Tinggi dan Rendah aset dalam Carta,
  • Sejarah pergerakan Struktur Pasaran (Market Structure),
  • Sejarah Pergerakan Tren Utama (Primary Trend) dan Tren Kedua (Secondary Trend)
  • Sejarah pergerakan Tahap Sokongan (support) dan Rintangan (Resistant)
  • Sejarah Corak-corak paten Sambungan (Continuation) Pembalikan (Reversal)
  • Sejarah pergerakan Volum di setiap tempoh masa trend atau fasa
  • Mengukur tahap ketinggian pergerakan aset dan tahap panjangnya Tempoh masa pergerakan aset dalam Carta untuk analisa kematangan setiap tren dan juga corak-corak paten



ANALISA STATUS CARTA :

Menurut Analisa Teori DOW bahawa tren menurun telah berakhir pada Mac 2020 dan kini di fasa pengumpulan yang akan berakhir dalam tempoh masa terdekat dalam 46 minggu mendatang seterusnya fasa tren menaik akan bermula.

bagi analisa Gelombang Elliot dengan mengunakan pengiraan (Counting) secara kaedah corak ABC paten yang lebih mudah bagi "Stock" atau aset kerana jajaran pergerakan carta secara turun naik mengikut ekonomi pasaran negara.

Status gelombang bagi aset carta #GUH adalan pembentukan corak Zigzag dan fasa corak gelombang Pembetulan (Correction) telah berakhir pada Mac 2020 dan kini sedang dalam gelombang (c) minuet (primary Trend) (impulse) sub gelombang minuet ii seterusnya akan menaik ke gelombang sub minuet iii
Sejarah pergerakan corak gelombang Elliot

Chart PatternsdowtheorytradingelliotwaveanalysisfibonaccianalysisTrend AnalysisWave Analysis

และใน:

การนำเสนอที่เกี่ยวข้อง

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ