GOLD dilihat bergerak dalam trend mendatar mematuhi rintangan dan sokongan saluran singkat sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika dilihat pada selang masa bulanan, harga seakan membentuk corak carta 'Cup and Handle' yang kebiasaannya merupakan isyarat kenaikan
Pembentukan corak carta tersebut juga dilihat pernah terjadi sekitar tahun 2004 yang lalu (tidak ditunjukkan)
RSI bulanan ketika ini dilihat menguji kekuatan garisan MA RSI, dan berada di zon positif belian
Histogram MACD pula dilihat masih di bawah paras positif namun seakan menunjukkan kehadiran momentum
Garisan isyarat dan garisan MACD dilihat masih belum melakukan persilangan
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagi harga belum memecahkan paras ATH sebelum ini

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ