Fokus Teknikal M+ Dalam Talian - 1Jun22 Evergreen Fibreboard Bhd: Kedudukan yang baik untuk eksport perabot yang lebih kukuh
Pemangkin Perdagangan • Sejarah menjejak kembali sejak 1972 sebagai syarikat perdagangan kayu dan pembuatan venir dan seterusnya berkembang ke dalam pembuatan papan gentian berketumpatan sederhana, papan partikel, perabot, produk berasaskan kayu nilai tambah & resin. • Ringgit yang lemah berbanding Dolar AS memberi petanda baik bagi syarikat berorientasikan eksport itu. • Penyambungan semula Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) selepas 2 tahun terhenti mungkin memberi rangsangan kepada pertumbuhan eksport perabot. • Dari segi teknikal, pedagang boleh memantau potensi penembusan melebihi RM0.635, mensasarkan rintangan seterusnya pada RM0.67-0.705 dengan sasaran jangka panjang ditetapkan pada RM0.79.