ANNJOO dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu sebelum melakukan kenaikan pada hari dagangan yang terkini
Petunjuk awal kenaikan dapat dilihat pada petunjuk RSI harian yang membentuk 'divergence' kenaikan tatkala harga membuat 'low' yang baharu beberapa hari sebelum ini Selang masa mingguan juga menunjukkan harga berada berdekatan sokongan dinamik MA200 mingguan tatkala divergence pada selang masa harian terbentuk MACD histogram harian dilihat mengesahkan pergerakan harga sedang cenderung untuk melakukan kenaikan. Persilangan emas juga telah berlaku pada selang masa harian RSI dilihat menunjukkan kehadiran momentum sekiranya harga hendak membuat kenaikan Rintangan terdekat dapat dilihat berada pada MA50 harian, harga dijangka menguji rintangan ini sekiranya ia melakukan kenaikan Walaubagaimanapun, trend jangka masa panjang dilihat masih sedang mencari arah
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih