Kaunter ini telah membuat kenaikan sehingga paras tertinggi harian 0.545 dan tutup pada harga 0.51. Kenaikan sebanyak 0.105 .
Kenaikan ini disokong oleh kenaikan volume. Bermakna kaunter ini dalam keadaan momentum yang baik untuk meneruskan kenaikan. Ini hanya jangkaan dari segi teknikal sahaja.
Indikator yang lain2 menunjukkan tanda-tanda positif.
Harga akan cuba mencari paras 0.525 untuk diuji dahulu. Jika berjaya menembusi harga 0.525 dan tutup di atas paras ini maka harga akan mencari paras rintangan seterusnya (0.715).
Jika tidak berjaya pecahkan paras 0.525 mungkin harga akan mendatar dahulu dan menguji paras sokongan terdekat 0.40.