AA: Volum Kemuncak?

AA dilihat bergerak dalam trend menaik sejak dari tahun-tahun dagangan yang lalu

Harga dilihat masih bergerak mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik
Lilin mingguan terkini dilihat tutup lebih tinggi berbanding minggu dagangan sebelumnya
Walaubagaimanapun harga dilihat seakan sudah menunjukkan beberapa tanda kelemahan
Lilin minggu terakhir dagangan dilihat seakan membentuk corak lilin 'hanging man' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Analisa volum juga dilihat penyertaan pedagang seakan sudah mencapai paras ekstrim
Petunjuk RSI mingguan, harian dan bulanan juga telah berada di paras 'overbought'
Justeru, tidak mustahil harga akan menukar arah sekiranya paras sokongan saluran berjaya ditembusi
Pergerakan harga pada minggu dagangan mendatang menjadi penentu

Sama-sama kita perhatikan

*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ