Secara keseluruhan, harga saham Tambun sudah bergerak dari kawasan pengumpulan & memecah garisan arah aliran kebawah dengan volume. Indikator RSI juga telah membuat isyarat membeli kedua kerana telah berada di atas paras 50 & indikator DMI juga telah menunjukkan persilangan positif dimana D+ menyilang keatas D-, memberi isyarat Bull mengambil alih. Jika momentum ini dapat diteruskan, kami menjangkakan harga akan pergi ke sekitar paras RM 0.87 sebelum mencari harga tertinggi sebelum ini di paras RM 0.925.