K1: apakah bakal sambung semula pergerakan naik?

4 perkara yang akan saya lihat hari ini.

1. Saya melihat harga sekarang sedang di dagangkan di atas paras 200ma, ini memberitahu saya, bahawa, harga untuk jangka masa yang panjang adalah positif untuk kenaikan

2. saya melihat pada Bollinger Band, yang saya lihat adalah garisan tengah nya. garisan itu menunjuk ke atas. dan harga pula berada di atas garisan itu, dan ... dan lilin yang di atas garisan tengah itu adalah hijau. ini adalah tanda positif yang harga berkemungkinan akan naik lagi

3. saya melihat pada MACD, tiada petunjuk 'divergence' pada MACD, tetapi ada petunjuk 'bearaish divergence pada histogram (tidak berapa signifikan) ini mungkin memberi petanda yang harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan nya. dan melihat pada carta, nilai divergence adalah positif, menunjukan ia telah pun bersilang beli.

4. melihat pada RSI, saya dapati ia sedang bergerak ke atas, dan nilai semasa nya adalah tinggi di nilai 63, ini menunjukkan bahawa momentum kenaikan harga adalah tinggi, ini adalah petanda yang positif. namun begitu kelihatn juga petanda 'bearish divergence' walau tidak signifikan.

kesimpulan yang boleh saya buat, K1 berkemungkinan akan terus bergerak dalam arah positif ke atas. kenaikan k1 harus lah dengan momentum yang kuat, jika tidak akan terlihat lagi 'bearish divergence' dan berkemungkinan besar akan menarik turun harga. jika anda bercadang untuk berdagang saham ini, berdaganglah sekadarnya, kerana di khuatiri 'bearish divergence' ambil alih dan harga akan ditarik jatuh ke bawah...
Technical IndicatorsTrend Analysis

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ