ReutersReuters

Kelab Burung Helang Arab Saudi: Pakar-pakar memuji impak Pameran Burung Helang dan Perburuan Antarabangsa Arab Saudi ketika para pembiak global menghadiri edisi keempat pameran tersebut di Riyadh

RIYADH, Arab Saudi, Aug. 31, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) — Pakar-pakar burung helang daripada ladang pembiakan di seluruh dunia telah memberikan pujian yang tinggi kepada Pameran Burung Helang dan Perburuan Antarabangsa Arab Saudi pada tahun ini walaupun baru dua hari sahaja acara tersebut berlangsung.

Kini dalam tahun keempatnya, pameran tersebut menjadi lebih besar berbanding sebelum ini dengan kunjungan dijangka melebihi 500,000 orang sepanjang acara tersebut yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 3 September. Seramai lebih 350 pempamer telah menghadiri pameran tersebut dan ramai di antara mereka yang telah berkongsi kegembiraan mereka dengan impak pameran tersebut terhadap industri.

Diadakan di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, para hadirin disambut dengan auditorium luas yang penuh dengan gerai, memorabilia, teknologi, peralatan, gambar dan barangan falkonri yang memperincikan sejarah falkonri yang kaya di Arab Saudi, termasuk sebuah pentas besar yang menunjukkan hasil kerja penting yang dilakukan oleh Kelab Burung Helang Arab Saudi untuk mempromosikan seni falkonri dan juga pemuliharaan burung pemangsa. Khususnya projek Hadad yang membantu dalam pemuliharaan kedua-dua jenis burung helang penghijrah - iaitu burung helang Saker dan burung helang Peregrine, bersama dengan dua jenis burung pemastautin iaitu burung helang Barbary dan burung helang Lanner.

Para pembiak burung helang antarabangsa telah mempamerkan burung mereka yang menakjubkan, dengan kehadiran ladang pembiakan yang diwakili dari seluruh dunia. Terdapat ramai pembiak yang hadir dari Eropah termasuk Fox and Desert Falcons dari UK, SB Falcons dari Perancis dan Hura Falcons dari Belgium. Sullivan Mews dari Amerika Syarikat turut datang dari jauh untuk menyertai pameran tersebut sementara pembiak tempatan Gulf Falcons dari Bahrain turut hadir sama.

Pembiak Perancis, Philippe Hertel dari SB Falcons berkata: “Ini adalah penyertaan saya untuk kali kedua di pameran ini dan kami berasa sangat bangga dan gembira untuk mewakili ladang pembiakan kami di sini. Adalah sangat penting bagi kami untuk menjadi sebahagian daripada acara ini oleh kerana terdapat banyak perniagaan melibatkan pembiak burung helang di Arab Saudi, maka sudah tentulah kami perlu berada di sini untuk mempersembahkan burung kami. Kami mempunyai kepakaran dalam perlumbaan dan kami mempunyai burung helang yang sangat pantas, ada beberapa burung kami yang pernah menjadi juara sebelum ini, jadi adalah penting bagi orang ramai di sini untuk melihat apa yang kami tawarkan. Penganjuran majlis ini adalah sangat baik, dari segi penghantaran hinggalah tempat penginapan, dll. Ia merupakan yang terbaik di dunia berbanding acara-acara yang lain."

Pembiak Jerman, Ulf Voss dari Voss Falcons berkata: “Ini merupakan kali pertama kami berada di sini, kami berasa sangat gembira kerana dijemput ke acara ini! Kami mempunyai 38 ekor burung helang dengan sejarah perlumbaan dan perburuan yang hebat. Kami cuba untuk membawa burung helang perlumbaan yang terbaik sambil menjalinkan hubungan terhebat untuk masa hadapan kami. Kami berharap dapat mempergiatkan aktiviti perniagaan kami dengan Arab Saudi dan kedatangan kami ke sini untuk memperkenalkan nama jenama kami kepada mereka yang terlibat dalam industri ini, ia merupakan perkara yang paling penting bagi kami sekarang. Arab Saudi ialah tempat terbaik untuk aktiviti falkonri buat masa ini dan ia merupakan pasaran yang sangat menarik buat masa sekarang."

Pembiak Belgium, Giel Van Haecke dari Hura Falcons berkata: “Ia dianjurkan dengan sangat baik dan merupakan tempat yang bagus untuk orang ramai berkumpul, berhubung dan bertemu. Tidak ada tempat lain lagi yang lebih baik untuk pembiak, ia adalah tempat yang terbaik untuk menjual burung dan anda memerlukan acara seperti ini untuk mencipta nama anda. Semua orang sangat mesra serta terdapat banyak baka burung yang berbeza pada tahun ini dan apabila anda membiak untuk mendapat baka yang berkualiti, maka itu tidak menjadi masalah.”

Pameran ini mempunyai bahagian khas yang dikhususkan semata-mata untuk sejarah falkonri di Arab Saudi dan di seluruh dunia. Bahagian ini penuh dengan pameran interaktif yang disediakan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi pembiak burung helang seterusnya di Timur Tengah. Bahagian lain termasuk galeri seni, menampilkan artis Arab Saudi, Hila Alhmod yang mempamerkan hasil karya burung helang Peregrine menakjubkan yang telah dihasilkan melalui teknik pirografi. Terdapat juga dewan lelongan yang mengagumkan untuk aktiviti lelongan burung helang setiap hari. Pendidikan merupakan tema terbesar pada tahun ini dan pakar-pakar memberikan ceramah setiap hari tentang seni falkonri, dan terdapat penekanan yang kuat dalam menggalakkan generasi pembiak burung helang seterusnya melalui ceramah motivasi dan bidang pembelajaran kanak-kanak.

Kini dalam tahun keempatnya, Pameran Burung Helang dan Perburuan Antarabangsa Arab Saudi 2022 telah mengalu-alukan para pengunjung dan pempamer dari lebih 30 buah negara yang mengambil bahagian, menjadikannya edisi terbesar bagi acara tersebut setakat ini. Acara yang berlangsung di Riyadh itu berlangsung sehingga 3 September 2022.

Hubungan Media: Ahmad AlRefaie - +966 54 501 7470 - ahmad.alrefaie@xpotential-data.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00436dda-cba2-45c1-a3ec-e199a1c87954

เข้าสู่ระบบหรือสร้างบัญชีฟรีถาวรเพื่ออ่านข่าวนี้

ข่าวเพิ่มเติมจาก Reuters

ข่าวเพิ่มเติม