Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Semoga semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungannya. Hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menyambung berkenaan indicator ni. Terima kasih sebab belanja like and view untuk siri-1.
Suka saya ingatkan, keputusan untuk membeli atau menjual bukan bergantung kepada analisa daripada satu indikator sahaja tetapi melibatkan kombinasi 2-5 indikator untuk mengukuhkan keputusan.
Jadi kali ini saya nak bincangkan 3 indikator yang biasanya digunakan dan agak terkenal dikalangan trader iaitu MACD dan RSI & STO. Indikator RSI & STO ini sebenarnya adalah 2 indikator berasiangan ya Cuma saya ceritakan sekali. Jom kita mulakan.
1. MACD
Nama penuhnya adalah Moving Average Convergence Divergence
Mengenalpasti gerakan awal perubahan momentum
Terdapat 2 garis yang bertindak sebagai penentu untuk membuat keputusan iaitu garis MACD dan Signal
Garis MACD ini mewakili EMA 12-26 (standard setting)
Garis Signal mewakili EMA 9 (standard setting)
Terdapat satu garisan tengah penentu Uptrend zon dan Downtrend zon yang dilabelkan sebagai ‘0’
Apabila Garis MACD & Signal berada diatas paras 0 kebiasaannya carta berada dalam keadaan trending up
Apabila ia berada di bawah paras 0, carta berada pada fasa trending down
Kebiasaannya penentuan untuk melakukan entry adalah apabila kedua2 garisan ini mula merapat diantara satu sama lain dan mula hendak membuat persilangan.
Persilangan yang berlaku di dalam Downtrend zon biasanya digunakan untuk kaedah Bottom fishing
Persilangan yang berlaku di dalam Uptrend zon pula digunakan untuk ‘Ride trend’ atau mengesan pullback.
2. RSI / STO
Nama penuhnya adalah RSI-Relative Strength Index & STO – Stochastic
engenalpasti kadar pecutan momentum
Kebiasaannya terdapat 3 level yang sering menjadi perhatian pelabur (dua-dua sama)
Secara standard level-level itu adalah -> Level 70 – overbought / level 50 – Middle area (penentu) / level 30 – oversold
Bagi RSI saya baca seperti berikut (ini mungkin x sama dengan org lain tapi ianya mudah bagi saya nak faham) - > 70 Overbought = Bersedia untuk menjual - 55 – 70 Momentum Up = Cari peluang membeli dan re-entry - 54 – 46 Sideway = Cari membeli semasa pullback - 45 – 30 Momemtum down = Elak dari membeli hanya jual - < 30 Oversold = Cari peluang untuk membeli dari bawah
Bagi STO pula sejujurnya saya tak guna sangat tapi cara membaca lebih kurang seperti berikut: - > 70 Overbought = Bersedia untuk jual - 50-70 Momentum up = Cari peluang untuk membeli & re-entry - 30-50 Momentum down = Elak dari membeli hanya jual - < 30 Oversold = Cari peluang membeli dari bawah
Sila rujuk kepada chart untuk lebih memahami keadaan sebenar.
Rasanya cukup dulu sampai di sini perkongsian untuk kali ini. Kita akan sambung dalam siri seterusnya. bagi sesiapa yang terlepas siri-1 boleh check balik di link disertakan.