NOVAMSC (Tenang di dalam Lorong Kenaikan)

Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Software.

Idea analisis:
~Fundamental~
- NOVAMSC tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Terbaru, NOVAMSC mencatatkan kerugian tertinggi untuk 12 quarter terkini iaitu sebanyak - RM 7,621 menjadikan keuntungan QoQ dan YoY menyusut masing² sebanyak -3,288.7% dan -4,038.03%.
- Hasil (revenue) NOVAMSC juga menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -41.32% dan -29%.
- NOVAMSC diklasifikasikan sebagai kaunter 'negative earnings' oleh iSaham dan diberikan markah 1.5/10 untuk sudut Fundamental.

~Teknikal~
- NOVAMSC dilihat berada dalam uptrend corridor.
- Terkini, setelah menyentuh resistance zone, harga dilihat membuat pullback sehingga ke support zone.
- Fasa pullback dilihat berakhir apabila muncul 2 petunjuk:
1) Candlestick berbentuk bullish marubozu menunjukkan momentum pembelian adalah sangat kuat pada hari ini.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan NOVAMSC sedang rebound di atas support zone yang merupakan trend line support terkuat bagi NOVAMSC.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance


#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Fundamental AnalysisTechnical IndicatorsMarubozunovamscoversoldpennystockreboundtechnologyTrend Linesuptrendchanneluptrendcorridor

และใน:

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ