Indeks Dow Jones Industrial dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Terkni pergerakan harga dilihat berada berdekatan sokongan dengan mata pembukaan lebih tinggi daripada minggu sebelumnya Lilin minggu dagangan terkini juga dilihat cuba membentuk 'bullish harami' yang kebiasaannya merupakan isyarat awal kenaikan Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan membentuk 'divergence' tatkala harga menguji rintangan Walaubagaimanapun, trend dikatakan masih cenderung menurun selagimana belum membatalkan rintangan sebelumnya Masih terlalu awal untuk membuat andaian selagimana lilin mingguan belum terbentuk sepenuhnya
Nota tambahan: US10Y, indeks bon Amerika Syarikat (yang kebiasaanya berkadar songsang) dilihat cuba membentuk lilin 'bearish engulfing'' SPX, indeks S&P 500 (yang kebiasaannya berkadar langsung) juga dilihat cuba membentuk 'bullish harami'' sama seperti DJI
Dapatkah harga kembali membuat kenaikan atau cenderung meneruskan penurunan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!