6068 PCCS : Menghampiri 52 Weeks High Dengan Daily Uptrend?
PCCS semakin menghampiri 52W High 0.430. Apakah cukup momentum untuk memecahkan 52W high? Saya agak berkeyakinan bahawa 52WH PCCS akan dipecahkan kelak. Mengapa? salah satunya kerana PCCS berada di dalam mood uptrend yang agak kuat. Hanya 5% lagi jarak daripada 52W high (0.430) daripada Last Price (0.410) sewaktu tulisan ini ditulis.
Analisis Xeostock Xeostock TA : Strong Bull Upper Golden Cross RSI 81% Momentum 42.90%
Xeostock FA : 81.25% (merangkumi banyak faktor, antaranya adalah di bawah) Peningkatan EPS dalam 2 quarter terakhir Peningkatan Profit dalam 2 quarter terakhir Quarter Report seterusnya berkemungkinan akan keluar disekitar penghujung bulan 3. Kelihatannya berkemungkinan akan menunjukkan keuntungan.
Sesuai untuk mid to long term
Ratio: 2.4 (Ringan)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.405 Resistance 1 : 0.425 (+-0.005) Resistance 2 : 0.480 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.420 Support 1 : 0.400 (+-0.005) Support 2 : 0.340 (+-0.005) Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.