10-Mac-2019: Pergerakan NAS dan Jangkaan Minggu hadapan

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

NAS100USD

Analisa: (berdasarkan carta 4H)
1. Trend keseluruhan menampakkan penurunan.
2. MA semakin mengembang ke bawah dan menandakan pergerakan semakin trending.
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 30, zon downtrend.
4. MACD berada dibawah paras 0
5. Zon harga yang ditandakan pada chart kelihatan sangat signifikan dan kuat.. memandangkan kebanyakan harga bermain di sekitar kawaasan tersebut.

Jangkaan:
1. Apabila berlaku pergerakan drastik pada khamis lepas, ramai menjangkkan akan berlaku penurunan terus dan mereka mengatakan pasaran mula CRASH.
2. Namun ini tidak berlaku kerana ini merupakan impak sementara daripada news.
3. Dari segi teknikal parasan dilihat semakin tenat dan memungkinkan akan berlaku kejatuhan pada minggu hadapan.
4. Harus di ingat, pasaran tidak akan bergerak terus menerus tetapi akan mengambil masa dengan membuat pendakian sementara sebelum meneruskan terjunan.
5. HARUS di ingat, terdapat satu news pada hari sabtu 9/3/2019 (SEMASA PASARAN TUTUP) mungkin akan menyebabkan volatility yang melampau pada Isnin ini dan boleh menyebabkan pelabur2 kecil panik.

Strategi / trading plan:
1. Secara keseluruhan saya melihat peluang untuk melakukan SELL pada minggu ini.
2. TP dan SL boleh dinilai sendiri melalui kaasan yang ditandakan, sila gunakan kaedah SnR untuk sahkan keputusan anda.
3. Perhatikan pergerakan harga dan bersedia apabila harga memasuki zon yang ditandakan, anda boleh masuk dengan lot yang kecil (jaga MM)
4. Untuk lebih selamat tunggu pengesahan pasaran dengan melihat candle yang terbentuk.
5. Tak perlu terkejar-kejar market dan masuklah dalam keadaan selamat.
mac19Trend Analysis

คำจำกัดสิทธิ์ความรับผิดชอบ