TradingView
Aieyee
9 เมษา 2022 เวลา 16 นาฬิกา 38 นาที

LBALUM: PENGUKURAN SASARAN SEDERHANA > CORAK & TRENDLINE 

LB ALUMINIUM BHDMYX

คำอธิบาย

Analisis LBALUM merujuk kepada corak lengkuk dan saluran trendline.

LENGKUK
1. Harga membentuk corak lengkuk daripada tempoh fasa penurunan dan membuat reversal.
2. harga 0.620 dijadikan sebagai neckline selepas ia membuat pembetulan dan membentuk pemegang apabila melantun dari sokongan. Sesetengah saham membuat pembetulan dengan membentuk "flag pattern" (penurunan yang sederhana).
3. Sasaran ialah 0.620(neckline) iaitu rintangan yang perlu ditempuh.

TRENDLINE ( SALURAN REGRASI)
1. Harga membuat reversal kepada trend menaik apabila mula cross moving average(contoh di atas =ema5 cross-up ema100)
2. Harga semasa juga masih di atas ema100 selepas melantun dari bottom trendline saluran regrasi.
3. Sasaran adalah 0.620 merujuk kepada top trendline.

Maka disini boleh dibuat kesimpulan bahawa pengukuran sasaran munasabah bagi jangkaan harga ialah 0.620 sebagai sasaran jangka sederhana iaitu dalam 15%. Wallahu a'lam.

PENAFIAN :
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.

เพิ่มเติม