TradingView
Pak_Din
9 มิถุนา 2021 เวลา 12 นาฬิกา 57 นาที

GREATEC- Masihkah ada sinar? 

GREATECH TECHNOLOGY BERHADMYX

คำอธิบาย

Sektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, EV , Tenaga hijau, perkakas kenderaan.

Kejadian hari ini
- GREATEC pada tarikh 9 JUN 2021, rata-rata pemegang saham menjual pegangan ekoran laporan client Greatech iaitu Lordstown Motors Corp kemungkinan gagal untuk capai target produksi untuk lori berkuasa elektrik.
- Pautan - theedgemarkets.com/article/greatech-down-1034-following-report-snafu-lordstown-motors-corp-commercial-production

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- GREATEC pada hari ini dilhat volume jualan yang tinggi melebih purata jualan 20 hari.
- Paras harga dilhat berada di atas garisan uptrend/menaik
- Stochastic RSI juga kelihatan pada kawasan OVERBOUGHT dan RSI mula mendongak kebawah serta gagal memasuki kawasan 50.
- Fasa menurun kebarangkalian besar terjadi sekiranya tidak berlakunya rebound/pembalikkan semula/

Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat GREATEC merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap perkakas peralatan kenderaan hijau dan juga tenaga hijau.
- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan GREATEC mendapatkan hasil keuntungan sebanyak 46.6juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 31.8 juta.
- EPS semasa syarikat iaitu 9.53 membuktikan stok GREATEC adalah stok undervalue.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
เพิ่มเติม